Come take a look at my blog, do not forget to hit the subscribe button, love you all,visitors. YOU ALL PLEASE ENJOY YOUR STAY from: jiminutrong <3
Saturday, 8 February 2014
TRue STory BRo!
Kisah seram ini berlaku kat Ampang... Ada seorang kawan ni
seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit
Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana dia ni
seorang salesman kereta sahaja.. Satu malam, mereka bercadang
utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan
ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah
membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar
tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia
balik ke rumah. Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke
rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun
menerima lelaki ini dengan seadanya. Enam bulan kemudian,
mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu
sedang disediakan. Nak dijadikan cerita, Semasa lelaki ini pergi membeli
Kentucky kat Ampang Point,.dia kena langgar kereta di hadapan perempuan
tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini
amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari
sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.
Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua
meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin
perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi,
ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya. Berikutnya, Ayah perempuan
tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua
meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan
itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan
tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.
Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah
dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya.
Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan
macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada... Malam keempat, dia
mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh
darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya.. Bila bangun,
perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut
menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa... Keesokan
harinya, perempuan itu terkejut apa bla pintu belakang rumahnya di ketuk
bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun
pengsan.. Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun
menguhurkan benda yang berwarna biru...Perempuan itu bertanya kepada
nenek tua itu "apa ini...?" Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit
dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau
nak yang besar, beli kat kedai..... Msti tekun kan korang baca
Hahaha..... Ape lagi copy lah cepat :*haha dah terkena .. share laa klu
xnk kne sorg2..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment